KAIN SIRAT

DANGDONG

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil
bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x
60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang
yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya
bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang
yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka
corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di
atas kain dasar yang bewarna merah.
KALAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua
jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh
lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat
ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.
Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan
lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada
yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang
indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula
kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan
figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga
dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain
yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak,
figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik.
Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau
dihias dengan karangan manik
BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang
dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh
reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat.
Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti
pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
Pakaian Tradisional Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
SUGU TINGGI
![]() |
Rawai |
![]() |
Selampai |
![]() |
Tango |
![]() |
Buah Raub |
Baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.
Pakaian lelaki Melanau
Dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon